Haruman Terbaru Di Pasaran

BFFperfumes cari rakan niaga.
Syarikat mempelawa individu & usahawan menjadi Cawangan Negeri, Stokis & Pengedar terawal

BFFinfo

|

Tip Memakai Minyak Wangi Dengan Betul
  • Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai aliran darah yang baik.  Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau pakaian daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.
  • Haruman tahan lama jika disapu pada kulit di bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.
  • Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Minyak wangi boleh tahan selama 6 bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka penutupnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan. 


Mengapa Bau Minyak Wangi Berbeza-beza
Bila Dipakai Oleh Orang Berlainan?

  • Bau minyak wangi  akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu anda membeli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang
  • Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh
  • Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati2. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan
  • Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu 'To Note'. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul
  • Setiap orang mempunyai bau badan tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan seimbang
  • Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan tetapi tidak pada kita

Tampil Wangi Satu Tuntutan
(Berita Harian- Ikon oleh Haswari Ali)

Sabda Rasullah S.A.W: "Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan..(Riwayat Al-Bukhari)

Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa beliau berkata "Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir.."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

Sabda & riwayat yang dipaparkan di atas, sudah cukup membuktikan bahawa sejak di zaman Rasullah lagi umat Islam digalakkan memakai bau-bauan atas tujuan mulia selain sebagai menjaga penampilan diri.

Jadi tiada lagi alasan, mengapa seseorang itu perlu mengelak daripada berbau wangi ketika di tempat awam, di rumah atau bersama rakan-rakan. Tak kan anda ingin dipandang sinis hanya kerana badan berbau?
Perubahan zaman memperlihatkan semakin banyak lambakan haruman hadir di pasaran dunia. Sama ada dari klasi!kasi Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan). Mana satu pilihan hati?

Pilihan semakin tidak menentu dengan adanya haruman daripada bunga-bungaan, sari daripada kulit kayu, dedaun, biji benih, buah-buahan, damar, haiwan dan bahan sintetik yang selalunya juga menjadi pilihan.
Kepelbagaian ini juga menyebabkan pengguna lebih bersifat selektif dengan memilih dari yang berjenama saja, sedangkan hakikat kesesuaian sesuatu haruman terletak pada kombinasi haruman berkenaan dengan bau badan seseorang.

Namun, di atas permintaan yang semakin meluas, terdapat banyak kajian dan penyelidikan dijalankan oleh saintis antarabangsa juga tempatan bagi mendapatkan penemuan terbaru sari serta bahan untuk menghasilkan haruman.
Ini termasuklah penemuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi dekan Pusat Pengajian Siswazah UKM, Prof Datuk Laily Din yang pernah mengenal pasti daun kesum mempunyai potensi besar untuk dijadikan haruman.

Beliau yang ditemui i-Kon baru-baru ini berkata,:penemuan itu membawa kembali lebih banyak penyelidikan terhadap tumbuhan yang berada di iklim tropika seperti Malaysia. Ini kerana daun kesum di tanah kita mempunyai dua komponen tambahan yang tidak ada pada spesis daun kesum lain. Dari kelebihan itu jugalah, ia sesuai dijadikan bahan utama membuat haruman.


Seperti juga bunga melur, hanya bunga melur di Filipina saja sesuai dijadikan bahan utama membuat minyak wangi disebabkan kelebihan yang ada padanya. Oleh kerana itulah saya gelarkan industri minyak wangi sebagai satu seni terutama sekali ketika proses percampuran bahannya'. katanya.


Prof Dr Laily menambah, selain daun kesum, pihaknya membuat penyelidikan terhadap satu spesis cendawan iaitu Lichens yang mempunyai potensi besar dijadikan minyak wangi. Penyelidikan Prof Laily itu nampaknya telus, apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan (Mardi) turut mendapati kesum, nilam, selasih, serai wangi, tea-tree, kayu manis dan limau purut sesuai dijadikan tanaman minyak pati secara komersial.


Timbalan Pengarah Analisis Makmal dan Kualiti, Program Jaminan (AP), Ahmad Ab Wahab, dalam satu kenyataan berkata penggunaan minyak pati paling ketara dalam pembuatan barangan peribadi seperti minyak wangi, alat solek, syampu dan aromaterapi serta industri makanan dan minuman termasuk membuat kuih, makanan segera dan minuman ringan.


Selebriti Dan Haruman


*  Ziana Zain
Namanya pernah tertera di dalam Buku Rekod Malaysia sebagai penyanyi pertama negara yang memenangi pertandingan nyanyian di peringkat Asia. Kini, penyanyi beranak dua itu sekali lagi mencipta rekod peribadinya apabila menjadi artis pertama yang lahir dengan haruman sendiri diberi nama Truely keluaran Nutrimetics.


*  David Beckham
Kebanyakan lelaki meteroseksual menggemari penampilan maskulin dan potongan rambut yang sentiasa berubah. Kini, peminatnya boleh menyemburkan haruman yang digunakan pemain bola berkenaan di atas badan sendiri. Itulah Instict, haruman khusus buat jejaka daripada David Beckham. Isterinya, Victoria juga akan tampil dengan haruman menggunakan namanya.


*  Beyonce Knowles
Laporan menyebut, penyanyi dari Kumpulan Destiny's Child ini menandatangani konterak bernilai RM16.75juta bagi merealisasikan impian untuk hadir dengan haruman bersama Tommy Hilfiger yang menggunakan namanya. Dikenali sebagai True Star dan True Star Gold itu menjadi pilihan ramai bagi yang ingin tampil berkeyakinan bagaikan penyanyi kulit hitan jelita itu.


*  Sarah Jessica Parker
Meskipun dalam usianya sudah mencecah 40 tahun, pelakon siri popular Sex and the City ini tetap dengan impiannya untuk lahir dengan haruman sendiri yang mengguakan bunga lavender dan anggerik sebagai asasnya. Haruman jenis minyak yang dikenali dengan nama Lovely itu mendapat sambutan luar jangkaan oleh penduduk Amerika Syarikat terutamanya, meskipun ketika hari pertama dilancarkan di bandar New York.


*  Enrique Iglesias
Seperti juga Beyonce, anak kepada Julio Iglesias turut dipilih oleh jenama rekaan terkenal Tommy Hilfiger bagi mengabadikan namanya di atas botol haruman lelaki yang diberi nama True Star Men. Sempena pelancaran haruman itu Oktober lalu, ramai selebriti popular diundang bagi menjayakan majlis keraian True Star Men bersama Enrique.


*  Paris Hilton
Sosialis ini tentunya tersenyum lebar kerana namanya bukan saja terpampang dalam kebanyakan media global, malah tertera pada botol minyak wangi. Selepas haruman khusus untuk wanita yang diberi nama Paris Hilton terjual dengan larisnya sejak dipasarkan dua tahun lalu, lahir pula haruman lelaki dengan jenama sama.


*  Jennifer Lopez
JLo atau satu lagi nama jolokannya Jenny tampil dengan dengan lima variasi haruman dan penjagaan kulit - JLo, Still, Live, Glow dan Miami Glow yang menggunakan namanya.




Sejarah Minyak Wangi


Seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir dan kemudian mula berkembang di kalangan masyarakat Rome dan Arab. Di Eropah pula minyak wangi mula mendapat perhatian pada kurun ke 14

Sepanjang zaman pembaharuan (Renaissance), minyak wangi digunakan dengan kerapnya oleh kebanyakan keluarga diraja dan menjadi satu kaedah pembersihan tibuh badan seharian mereka.

Perkataan 'perfume' berasal dari ungkapan Latin iaitu 'per' membawa maksud melalui atau menerusi manakala 'fumus' pula bermaksud asap.

Masyarakat Perancis kemudiannya menamakan minyak wangi sebagai 'parfum' berdasarkan haruman semerbak yang mereka hidu daripada hasil pembakaran kayu wangi atau incense.

Pada abad ke 18, industri minyak wangi semakin berkembang di negara Barat dan banyak tanaman aromatik ditanam diPerancis, pengeluar terbesar bahan mentah industri berkenaan.



Wangi Atau 'Busuk'???

- Penyelidik Britain mendakwa minyak wangi yang dicampur sejenis kimia ditemui dalam peluh wanita di bahagian ketiak berkemungkinan membantu meningkatkan daya ransangan seks wanita berbanding mereka yang tidak menggunakan pewangi berkenaan. Akhbar Britain, Mirror memetik kajian Universiti Harvard melaporkan, bahan kimia dikenali pheremone Athena 10:13 itu berfungsi secara semula jadi bagi wanita muda sebagai 'bahan penarik seks' tetapi tahap kandungannya semakin berkurangan apabila golongan itu putus haid atau menopous

-Wangian yang bertujuan meransang syahwat warga Singapura bersetubuh akan dijual ke luar negara, selepas ia digunakan kerajaan republik itu dalam kempen untuk meningkatkan jumlah anak di kalangan warganya. 'Romancing Singapore Eau de Parfum' untuk wanita dan lelaki akan dieksport ke negara Asia, Amerika Utara dan Eropah. Minyak wangi itu yang membawa wangian bunga bagi wanita dicipta pelajar Politeknik Singapura sempena kempen "Berasmara di Singapura" pada Febuari lalu. Kempen itu usaha kerajaan membantu rakyat republik untuk menyemarakkan perasaan asmara bagi meningkatkan kadar kelahiran.

-Di London, botol minyak wangi termahal dunia yang dijual dengan harga RM816,500 dilancarkan di Pusat Beli-Belah Harrods tahun lalu. Botol Kristal itu diliputi berlian lima karat dan leher botol diliputi emas 18 karat. Bagaimanapun, hanya 10 botol dihasilkan, Botol Imperial Majesty 500 mililiter itu dihasilkan oleh pereka Britain, Clive Christian. Minyak wangi yang diisi di dalamnya adalah antara Clive Christian No 1 untuk lelaki atau wanita.
 
 TIPS LAGI DARI BFFperfumes


Perfume dapat meningkatkan rasa percaya diri. Anda akan lebih yakin dengan diri sendiri.


Cuba beberapa tips berikut ini untuk memaksimakan perfume anda:


- Biasakan memakai perfume selepas mandi. Pakai setelah badan agak kering. Jangan terus memakainya setelah habis mandi.
-Tunggu sejenak agar kulit anda memproduksi minyaj alami tubuh.


1.  Untuk memastikan wangian dari minyak wangi anda berkembang secara baik, oleskan perfume paling sedikit 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda
2.  Anda mulai gunakan perfume ke titik-titik tertentu bahagian nadi contohnya pergelangan tangan
3.  Kenakan minyak wangi secara berlapis. Iaitu anda harus menggunakan sabun, krim dengan wangi yang sama dengan minyak wangi anda. Dengan mengenakan wewangian secara bersama membuat keharumannya tahan lebih lama
4.  Kunci dari wewangian adalah jika anda menggunakan pelembab (krim) wangi perfume
sebaiknya oleskan perfume terlebih dahulu, kemudian krim. Krim ini akan mengunci bau perfume tersebut
5.  Anda juga gangan memakai perfume semasa mengenakan perhiasan ataupun dekat perhiasan kerana perfume akan merosakkan perhiasan tersebut


* Moga anda akan wangi & harum sepanjang hari *